Thursday, January 10, 2013

Buah Ceri, Comel & berkhasiat =)

(pic. from Google)

Subhanallah, indah sungguh Allah ciptakan buah ceri...selain bentuknya yang comel, kecil molek..=), buah ceri juga mempunyai pelbagai khasiat yang tidak semua orang menyedarinya. So, sape2 yang ada pokok ceri kat halaman rumah...jangan pandang enteng yer, mulai harini jom jadikan buah ceri sebagai makanan harian kita. Minggu lepas saya ada beli buah ceri kat pasar malam...boleh tahan jugak harganya, RM 60.00 sekilo, lebih kurang RM 1 sebiji..tapi jika dibandingkan dengan khasiatnya, tak ternilai dek harganya.

Antara khasiat buah ceri:
  1. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  2. Ceri dari pokok liar lebih sesuai merawat batuk
  3. Mengurangkan kesakitan dan kecederaan dalaman
  4. Sangat bernilai mengubati penyakit kanser. Ada kajian yang mendapati ia mampu mengubati kanser sehingga 50%
  5. Mengurangkan kesakitan dari penyakit artritis, gout dan sakit kepala
  6. Merawat insomnia
  7. Ceri antara buah-buahan yang tinggi sifat anti-oksidan (lebih tinggi dari buah-buahan beri dan anggur)
  8. Memperlahankan proses penuaan
  9. Menjauhkan penyakit katarak (selaput mata) 

Anti-oksidan mengurangkan kerosakan disebabkan oksigen dan radikal bebas di dalam tubuh. Makan buah ceri setiap hari mampu memelihara dinding arteri dari pengumpulan plak yang menyebabkan serangan jantung.